New Zealand's Trip

  
Image may contain: one or more people, sky, tree, outdoor, nature and water
Dek tergoda dengan gambar keindahan New Zealand dari post member-member di Facebook. Teringin pulak nak jejakkan kaki ke sana. Antara banyak-banyak negara, rasanya New Zealand yang paling sesuai untuk Zu visit kali ni. Antara sebab-sebabnya :

1) New Zealand banyak tempat2 menarik dan kaya dengan permandangan yang cantik. Macam Zu suka travel dan tengok tempat orang. Kalau orang yang suka travel untuk shopping mungkin lain destinasi lebih sesuai.

2) Matawang New Zealand lebih kurang Singapore dan Australia je between NZD $1 = MYR 3.11-3.24  ( London dulu GBP $1 = MYR 5.57-5.80 so ok sangat dah kalau exchange rate lagi rendah).

3) New Zealand tak perlukan Visa. So anytime boleh beli tiket and bawa Passport je ( Maximum sampai 90 hari ).

4) Boleh memandu guna Lesen Malaysia je kat New Zealand  ( Lesen yang macam kad tu ye, yang lama tu tak boleh) dan di sana pun dorang memandu sebelah kiri macam kat sini. So, asalkan dah biasa drive kat sini tak de masalah nak drive kat sana. Macam Zu, time renew lesen dulu guna myEG, renew sampai 5 tahun pulak tu , so dapat lesen yg laminate tu je dan tak de translation in english. So sebulan sebelum travel  zu pegi JPJ kat UTC dan tukar ke lesen baru macam mykad tu. Tak de sebarang charge, tapi wajib renew lagi setahun dan bayar RM 30 kalau tak silap setahun. Macam lesen zu expired 25 April 2020. So bila tukar ke lesen baru, bayar untuk setahun dan lesen baru expired 2021. Sekejap je buat lesen tu and terus dapat kalau tak ramai.

Zu biasanya sebelum visit mana-mana negara, Zu akan search and google information pasal negara tu dulu. Kaji map negara tu untuk faham kedudukan satu-satu tempat. So bila baca or bila dengar orang bercerita dah boleh imagine. Time free, boleh baca posting bloggers yang dah pernah pergi ke sana untuk dijadikan panduan.

Musim Panas : Disember-Februari
Musim Luruh : Mac-Mei
Musim Sejuk : Jun-Ogos
Musim Bunga : September-November 
*Untuk setengah kawasan di South Island, bulan September masih consider Winter.

Destinasi tahun 2017 muktamad, New Zealand!. So, lepas bincang dengan travel mate,terus book tiket ke Auckland. Flight Airasia ke Auckland transit di Gold Coast. Transit pun just 75 minit je. Memang sengaja cari transit time yg paling sekejap pasal taknak tunggu lama kat Australia. Transit tak perlukan Visa.

Tiket flight ke Auckland  - Done

Next, dah kaji and baca posting orang, boleh susun ittinaries sendiri. Memandangkan Auckland terletak di North Island dan banyak tempat-tempat menarik terletak di South Island, kitaorang just stay kat North Island untuk 3 hari je. Selebihnya dan lebih banyak masa allocate untuk trip di South Island.

Tiket flight ke Auckland  - Done
Tiket flight ke Auckland-Christchurh-Auckland - Done.

Sepanjang trip nanti Zu sorang je yang akan drive  (member tak boleh drive), pepandai lah susun jadual perjalanan supaya tak terlalu rushing dan tak letih. Pendek kata, Travel santai2 je sambil tengok tempat orang.

North Island 29/8-1/9

South Island 1/9-11/9


Ni perancangan awal dan boleh berubah ikut kesesuaian dan keadaan. Seterusnya, jadual dah ada , kena pulak kaji Car rental company yang mana lebih bagus dah offer better price. Untuk makluman, ni bukan last minute planning. Zu biasanye akan plan at least 6 bln awal supaya member ada masa untuk kumpul duit. ...hahahahaha... So mana yg penting kita book dulu, yang lain stage by stage. Dari masa ke semasa zu check car rental company dan hotel offer untuk date yang dah confirm destinasi ( Contoh mcm penginapan time sampai/bertolak dari  Auckland & Christchurch).  kebanyakkan hotel memang ada promotion untuk Advance booking so boleh berjimat kalau dapat harga murah. Zu biasanya memang akan Book melalui Agoda.com je. Nak pergi ke tempat yang belum biasa sampai, kalau booking dah secure tak perlu risau dah. Kalau ada issue dengan hotel, boleh call Agoda Customer service untuk dorang cari relocation je.

* Tips booking melalui Agoda, pastikan korang guna Mobile Apps dan login as member. Pasal kebanyakkan hotel ada special rates untuk member plus additional discount untuk yang book guna Mobile Apps.

Zu suka " sambil menyelam minum air". So dalam planning untuk trip ni. Memandangkan Luggage dah rosak lepas balik dari London  dulu. Kenalah cari luggage baru. Then, nampak pulak Citibank promote Condotti luggage untuk new credit dengan syarat, jumlah pengunaan dalam masa 60 hari  RM 1500 (dpt luggage 20') kalau guna RM 5000 (Dapat Condotti luggage 24'). So, sebelum beli tiket kapal terbang, Zu apply Citibank Credit card dulu. Ambil pulak yg Citibank Airasia Kredit Kad. Tak sampai sebulan dah dapat Kad Baru.  Rasmikan dengan beli tiket flight, kat situ je dah 3k+ . Sambil2 tu boleh enjoy 3x point Citibank Airasia.. hehehe.. beg free confirm dah dapat...point tu boleh tukar ke Airasia big point nanti dan boleh guna untuk tiket flight di kemudian hari.  ;) Alhamdulillah.. cun cun je planning, 2 minggu sebelum travel Condotti Luggage 24' pun sampai ( lepas 60 hari layak..then beg di pos dalam masa 5 minggu lepas dapat sms)..

Untuk trip di North Island, Zu book guna Go rental dan untuk trip di South Island, Jucy Car Rental yang offer the best rates. Kitaorang memang target nak kurangkan kos sebaik mungkin tu yang pilih rates paling murah. Jenis kerete tak kisa sangat pasal Zu boleh drive Manual dan Auto. Yang penting, Zu ambil Stress Free punya pakej. Memang mahal sikit tapi kita tak tahu kan, baik ambil protection.

Plan elok-elok dan ambil kira waktu/location untuk pick up dan drop off car. Macam kitaorang ambil di Auckland international Airport sebab sampai sana tapi dari Auckland nak ke Christchurch kena pergi Domestic Airport. Biar ada gap masa time hantar kereta dengan time nak fly dalam 3 jam baru tak rushing. Time sewa kereta memang Zu ambil GPS untuk mudahkan perjalanan. Tapi walaupun South Island masih Winter, Zu tak sewa Snow Chain pasal dah search dan baca dalam tripadvisor tak de snow chain pun ok kalau travel  time ni.

Details sewa kereta ada kat bawah. Zu copy paste je.

Next post baru Zu continue dengan cerita pasal trip. Ittinaries dan details kos Zu share last post je, pasal ada banyak nak kena Edit.

Your Vehicle
Budget Compact Auto

Toyota Corolla

Our Corolla is the definition of a smooth ride, from city streets to country roads.
Seats
5 seats
Large Bags
1
Small Bags
2
Transmission
AUTO

Itinerary

Pickup
Auckland International Airport
29 Aug 2017 - 18:00
arrow
Drop Off
Auckland Domestic Airport
01 Sep 2017 - 09:00

Your Insurance Option

Insurance Option
Daily Charge
Excess
Basic Option
$0
$1,500.00
Assured Option
$15.00
$250.00

 check mark Peace of Mind Option
$18.00
$0.00

Your Payments


Item
Cost
Vehicle
$72.90
Insurance
$54.00
Accessories
$24.00
Total Price
$150.90
Amount Paid
$7.29
Balance due
$143.61


Dengan Jucy kereta compact je.





Booking Date:
2/08/2017 7:22 p.m.
Vehicle Category:
Compact
Pickup Location:
Christchurch Airport
 
Pickup Date & Time:
1/09/2017 2:30 p.m.
Arrival:
Dropoff Location:
Christchurch Airport


Dropoff Date & Time:
11/09/2017 11:00 a.m.
Rental Rate and Fees
Compact-Christchurch Airport-Christchurch Airport 10.00 days @ $31.68
$316.80
Premium Location Fee - Christchurch Airport, Fixed @ $10.00
$10.00
Stress Free - Car, Daily @ $17.00
$170.00
Skoot GPS, Daily @ $8.00
$80.00
Credit Card Fee 2% applied on transaction amount $576.8, $11.54
$11.54

Total Estimate of Charges: NZD $588.34
NZD $588.34


All link related to Trip ke New Zealand



Comments

Popular posts from this blog

Ros Chalet , Cameron Highland (Tanah Rata , Taman Sedia)

Burnt sugar apam ? (Apam Gula Hangus )

MyLot.com : Paid Per Post Forum ( Online money Making..Absolutely Free)