Trip ke New Zealand : North Island Day 2




Muka  memasing lepas separuh hari dalam flight

Trip Zu bermula dari penang. Flight dari Penang ke Kl pul 7 lebih dan Flight ke Auckland dari KLIA 2 bertolak jam 11:55 malam. Zu prefer travel malam2 pasal boleh tido je. Sedar2 dah sampai kannnn.. Janji sebelum tido Tawakal dan mengucap sesiap hahaha.

Waktu book flight memang dah pre-booked meals set untuk flight dari KL-Gold Cost & Gold Coast-Auckland dan untuk trip balik. Prebook murah, rasanye set sekali air dalam RM 16. Kalau ala carte mungkin apa yang kita nak tak ada dan harga ala carte untuk nasi je dah RM 20. di nasihatkan pre book untuk banyak pilihan makanan dan time balik wajib book pasal time tu sure tengah kebulur taste melayu...hehehe.. Boleh try Nasi dagang with chicken curry dia....mmg sedap.
FlightDepartArriveDepart Date
D7206
Kuala Lumpur (KUL)Gold Coast (OOL)28 Aug 2017 23:55
D7206
Gold Coast (OOL)Auckland (AKL)29 Aug 2017 11:10
D7207
Auckland (AKL)Gold Coast (OOL)11 Sep 2017 19:30
D7207
Gold Coast (OOL)Kuala Lumpur (KUL)11 Sep 2017 22:20


Sampai di Auckland Aiport macam yang dijadualkan. Dalam 4:20 PM dan Zu dah set pick up car rental jam 6 ptg . Memang sengaja set lebih masa pasal takut process nak lepas immigresen makan masa lama memandangkan kami ada bawak stok makanan dari Malaysia. macam nasihat orang2 yang terdahulu, Zu prepare list barang yang di bawa dan barang masuk dalam satu luggage. Barang yang dibawa pun based on apa yang orang terdahulu bawa dan lepas. Tak nak ambil risiko,

Sampai je terus isi borang barang untuk declare dan ikut laluan untuk declare barang. Sampai je terus bagi list barang yang dah prepare. Memang suka lah dorang, memudahkan keje dorang, asyik " owh you're amazing". Pastu tak sampai 2 minit dah selesai. Tengok gitu2 je. last2 orang yg declare barang selesai dulu, yang tak de declare beratur lagi scan..hehehe. Zu buat list macam bawah je. Nak share file terus tak boleh plak kat sini,


Keluar Arrival Hall je terus cari I-Site . Kat situ ada telefon dan number Car rental untuk kita call . Free je. Terus call Go rental untuk dorang ambil ke Aiport dan bawak ke Office dorang kat luar Airport dah uruskan Pick up kereta.
                                    
Process memang cepat dengan Go rental. Dapat kereta je terus drive ke Pandora's Home kira2 setengah jam dari Airport.









Rumah empat bilik. Untuk Check in just key-in passcode kat pintu utama dan passcode lain untuk bilik memandangkan tuan rumah sewa ikut bilik. Time kitaorang sampai memang tak da orang. Kitaorang ambil bilik yang shared bathroom je pasal nak tido malam tu je then esok pagi2 dah nak bertolak. Tapi memang Pandora's Home yang termurah dan area dekat airport yang kitaorang jumpa. Plus, tak perlu risau bab parking and jimat tak yah bayar parking fee pasal area kediaman.

Dah tido awal malamnya, jam 5 pagi dah bangun. New Zealand jam 6 pagi pun dah cerah dan kul 6 ptg dah gelap. Hotel2 dan tempat penginapan di New Zeland pulak check out time jam 10 pagi. Bukan macam kat Malaysia check out jam 12-1 ptg. Check in time sama je jam 2 pm. Malangnye. dari awal pagi asyik hujan je. Tapi, plan tetap diteruskan. Takkan le dah ujan nak dok je tak kluar kan.  Kitaorang terus keluar dan destinati seterusnya Hamilton dengan harapan ujan akan berenti. Tapi, sampai ke Hamilton pun hujan bertambah lebat. Plan nak visit Botanical Garden pun hancur. masuk dengan kereta pusing tengok macam tu je. Gila ke ujan2 nak bersiar2 kat taman...hehe... tak pe. Kitaorang teruskan je perjalanan. Janji dah sampai Hamilton. dah tgk bandar dia macam mana. Kalau setakat nak melawat Museum tu, kitaorang tak minat sangat. Perjalanan diteruskan dan destinasi seterusnya Taupo. drive dalam tak sedar kitaorang dah lalu Huka Fall dan sampai ke Huka Fall resort. Hari ujan, dan hampir petang. So kitaorang decide stay kat situ je. Terus open Agoda Apps dan  memang ada special offer. Terus kitaorang book.













Dengan harga RM 257.54 per night memang berbaloi sangat dan selesa. Tempat ni tak jauh dengan Huka Fall, rasanye dalam 1 km je, Lpeas check in sempat juga kitaorang ke pekan Toupon yang kira2 6 km dari resort. Beli telor dan sayur untuk dinner. Nak makan kat luar tak banyak pilihan restoren makanan halal. So masak je senang.

Bila travel oversea, ada 3 benda yang penting bagi Zu

1) Sabun Taharah ( untuk samak peralatan memasak. Boleh Google dan beli secara online)
2) Adapter untuk charge handphone. Yang ni Zu jumpa kat Sunshine Supermarket Bayan Baru, Penang,
3) Botol kosong untuk masuk tandas...kekekeke          

Sepanjang kat New zealand, masak nasi pun guna Mircowave je..haha..  memang  dari malaysia ada bawa beras basmathi 2 kg. Beras basmathi ni sikit pun dan kembang jadi banyak nasi.
                         
Tips: Kalau nak masak nasi guna microwave, air lebihkan sikit dari biasanya. pasal microwave selalu air cepat kering. So set timer 23-25 minit. Kalau rasa dah cukup time and beras mcm keras sikit, tambah air dan  masak je lagi 5 minit.beras basmathi takkan lembik mcm beras biasa.  so mlm makan nasi dengan lauk sardin, pagi lebihan nasi buat pulak nasik goreng. So.. jangan harap le nak kurus time travel ke oversea ni....hahaha.

All link related to Trip ke New Zealand




Comments

Popular posts from this blog

Ros Chalet , Cameron Highland (Tanah Rata , Taman Sedia)

Burnt sugar apam ? (Apam Gula Hangus )

MyLot.com : Paid Per Post Forum ( Online money Making..Absolutely Free)