Trip ke New Zealand : From North Island to South Island.

Image may contain: sky, cloud and outdoor

Image may contain: cloud, sky, basketball court and outdoor

Dari Auckland, kami menaiki Air New Zealand ke Christchurch. Memang sengaja kami ambil Air new Zealand  untuk pergi dan balik dengan Jetstar. Harga tket tak banyak beza dan waktu yang sama dapat merasa pengalaman naik Air New Zealand dan Jetstar.

Air New Zealand macam MAS kat malaysia. memang selesa. Perjalanan ke Christchurch cuma 1 jam 20 minit je tapi kami dihidangkan dengan coffee/Tea dan Biskut/Peanut. Candy juga ada dorang edarkan kepada saper2 yang nak.  Jetstar pulak macam Airasia. Tapi yang pasti Air New Zealand lagi best..hehehe.

Cuma satu je tak best pasal Air New Zealand luggage kira per luggage 20kg.. kalau AirAsia dan jetstar bukan limit 1 lugagge... airasia boleh combine asalkan tak lebih 20kg...



Dari Auckland cuaca panas. Tapi lain pulak di Christchurch. Sampai saja memang hujan dan berangin. South Island memang lebih sejuk dari North. Suhu 6-9 celcius , memang berasap mulut kalau bercakap pun..hehehe.,.

Sampai je terus ke I-site untuk minta Jucy ambil. Tapi rupanye maklumat kat situ blum update. Biasanye Jucy atau car rental ambil di gate 11, tapi sebab ada construction depan tu dorang pindah untuk jemput di gate 2. Kebetulan ada orang lain dah contact Jucy, so kami join Van dorang je ke Office Jucy untuk Pick up kereta.Kat luar Airport je tempatnya.
 
I-site- Dengan telefon dan directory car rental company untuk kita call.

Office Jucy memang selalu ramai pasal ramai yang book dari Jucy. Nak pick up pun lama skit process. Kalau d Gorental Auckland tu ari memang kejap je memandangkan kita boleh update details online jadi time ambil cepat le process. Cumanye, kalau Jucy, dorang ada sewa kan GPS biasa ataupun Skoot GPS.  Better korang ambil Skoot GPS sebab korang akan rasa mcm ada Tourist Guide join korang sepanjang perjalanan. Sampai satu2 town, skoot akan cerita secara ringkas pasal town tu dan sepajang perjalanan skoot akan highlight tempat menarik sekitar tu. So kalau korang tatau pun boleh tau dan boleh singgah on the way.

Cumanya, kena pilih kete yang btol. Zu dah boleh drive manual and Auto, tak kisah sangat dan main pilih je. Time tgk kat website Compact car A/M.. ingat stok kete Auto atau Manual depend availability. Sekali kete yg gear yg mmg Auto dan Manual...hahaha.. ambek kau. Malaysia selalu sama ada auto  atau manual je. first day asyik tertukar manual and auto gak le pasal first time drive. lepas tu dah biasa dah ok. Pengalaman tak ternilai tu... :)

 Hujan di Christchurch memang lagi lebat dan sejuk.Memang tak de apa sangat yang boleh dibuat, so kitaorang check in di Southwark Apartment lepas tu keluar jejalan kat Pak and Save.

Kami menginap di Southwark Apartment . Gambar Nanti Zu update ye. Rate MYR 262.02 untuk Studio Apartment memandangkan ada Advance booking promotion. Boleh juga check property ni direct dalam website agoda  https://www.agoda.com/southwark-apartments



............
All link related to Trip ke New Zealand

Comments

Popular posts from this blog

Burnt sugar apam ? (Apam Gula Hangus )

Ros Chalet , Cameron Highland (Tanah Rata , Taman Sedia)

MyLot.com : Paid Per Post Forum ( Online money Making..Absolutely Free)