Posts

Showing posts from September 13, 2017

Trip ke New Zealand : Last day in Queenstown

Image
Dari Te Anau kami pulang ke Queenstown. Ni last round kat Queenstow sebab esok kami akan gerak menghala ke Christchurch dan takkan lalu Queenstown lagi. Cuaca agak mendung dan kekadang hujan ditambah dengan udara sejuk sampai kadang2 tangan terasa kebas dan tak terasa pegnag Hp kat tangan. Walaupun sejuk mana pun, pekan Queenstown sentiasa penuh dengan orang. sempat jugak kami berborak dengan org tempatan yang pernah stay 5 tahun kat Queenstown. Dia skrang dah pindah ke kawasan sejam perjalanan dari Queenstown. Katanya property di Queenstown memang mahal gila. Rumah 2 bilik pun boleh cecah 1 Million. Sedangkan property yang sama sejam perjalanan dari situ cuma 400k. Tapi dia sendiri pun masih ulang alik ke Queenstown sebab rindu dengan suasana kat Queenstown. Jalan punya jalan, hari ni baru ternampak Erik's Fish & chips. Haritu cari tak jumpa. Rupanya terletak opposite Novotel hotel Queenstown je. Set Fish & chips sekali Minuman cum

Trip ke New Zealand : From Queenstown to Te Anau /Milford Sound

Image
Perjalanan dari Queenstown ambil masak hampir 3 Jam. Tapi perjalanan ok je cuma cuaca mendung. Jalan tak terlalu berbukit bukau macam sebelum ni. Kitaorang plan bermalam 2 malam di Te Anau memandangkan  esoknya awal pagi dah nak ke Milford Sound. Milford Cruise kitaorang booked online guna dari Jucy website. dan memandangkan sewa kereta dengan Jucy, drebar boleh dapat half  price. Kitaorang ambil cruise jam 11:20 am pasal tak nak kluar terlalu awal memandangkan gelap dan jalan ke Milford Sound dengan nya mencabar. dari Milford ke Teanau dalam 2 jam setehgah. Tapi kalau dari Queenstown dalam 5 jam. So esok balik dari Milford kitorang akan stay dekat Te anau lagi. Kitaorang Booked Standard Studio Twin Bed dekat  Te Anau Lakeview Holiday Park & Motel dengan rates 279.43 per night. Bilik lengakp dengan semua kemudahan memasak. Lokasi tepi tasik, memang best. https://www.agoda.com/te-anau-lakeview-holiday-park-motels Esoknya jam 8 pagi dah gerak ke

Trip ke New Zealand : Queenstown City Tour

Image
Pekan Queenstown ni kecik je sebenarnya. kedai2 dia dalam masa 2 jam dah boleh habis visit. Tapi view dia dan suasana kat situ memang best untuk lepas2 dan ambil angin. sampai je trus kitaorang ke Queenstown Garden. Dari situ jalan turun bawah ke kedai2. rasanye dalam 200-300 metre je kot. Jalan turun dari sini. Antara banyak2 kedai, kedai ni yang paling murah jual Sourveniers yang kitaorang jumpa. So, kitaorang beli dulu seround. Nanti balik dari Te Anau/Milford Sound memang kitaorang akan stay di Queenstown lagi dan ada masak untuk beli tambah kalau tak jumpa harga yang lagi ok. Selesai beli barang lepak terpi tasik ambil gambar dan ambil angin dulu. Sebelum gerak, kitaorang isi perut sekali lagi di Turkish Kebab. Maklumlah, payah jumpa restoren makanan halal.  Ada 2 kedai Turkish Kebab kat Pekan Queenstown ni. Satu bahagian daam Mall dan satu lagi bahagian luar Mall. Senang nak jumpa. Perjalan ke Te Anau yang maka

Trip ke New Zealand : Queenstown

Image
Coronet Peak cuma dalam setengah jam je dari Queenstown City Centre. Sampai town terus kitaorang cari parking dan jumpa satu parking space yang ada limit 90 minits je. Park je dulu dan kitaorang jalan2 cari kedai makanan halal dengan refer aplikasi Zabihah. Naik muak jugak asyik makan nasi denga sardin, sambal ikan bilis dan meggi. Jalan2 terus nampak Turkish Kebab. memang ada ditulis halal kat menu jadi terus kitaorang masuk dan order. * Kebab with fries. Kalau set sekali air NZD $17 kalau tak silap. Nak makan kat oversea ni kalau nak convert ke RM memang payah nak telan lah. So, kalau nak makan, makan je. Sempat juga bertanya dengan tuan kedai tu mana tempat yang bolek free parking dan dia sarankan parking dekat Queenstown Garden. So next time datang boleh terus park kat situ dan jalan ke sini. Perut dah kenyang terus gerak ke Pinewood Lodge untuk check in. Kitaorang book Backpacker Twin yang sepatutnya 2 katil single tapi dapat 2 bunk bed untuk kitaorang berdua

Trip ke New Zealand : Wanaka and Coronet Peak , New Zealand

Image
Introducing.. the Famous Lone Tree of Wanaka. Pokok nan sebatang dalam Lake Wanaka ni memang famous. Tourist ke sana untuk ambil pic dia je. Tapi, lokasi Wanaka sendiri memang terbaik. Di kelilingi gunung2 bersalji dan tasik. Nyaman je bernafas di sini. Pukul 10 kluar je dari hostel terus kitaorang cari The Lone Tree ni. Dalam 1 km je dari hostel.  Cantik kan. Selesai bergambar kitaorang terus ke Coronet peak yang terlekak antara Wanaka dan Queenstown. Sepat juga kitaorang stop ambil gambar dekat Cordona Hotel yang famous dikalangan tourist tu.. I was there.. ambil bukti dulu..kekeke. I tak masuk pun. My friend je masuk. Nampak mcm ada cafe...kekeke Ni lah jadi nye bila pertama kali jumpa salji...hahaha.. Time time kitaorang naik agak panas compare hari2 sebelumnya kata local people ynag main salji kat situ. Naik Coronet Peak ni kejap je. Jalan tak mencabar dan ok je drive. Setakat nak main salji tak kena bayar apa2. Unless korang nak ambil pakej atau sewa pe