Posts

Showing posts from September 25, 2016

Milton Keynes Car Boot Sale - UK's Trip

Image
Dah berada di negara orang kena tengok tempat orang betul2 kan. Dari Luton awal2 pagi kitaorang dah drive ke Milton Keynes, rasanye dalam 40 minit kot perjalanan. Bukan nak shopping pun..just nak cuci2 mata. Balik tu kitaorang singgah di Dunstable Road, Luton.  sini macam kawasan Muslim juga lah. Kedai2 makan  banyak dimiliki peniaga Muslim. bukan dari malaysia le, dari negara Arab yamg lain. Dorang memang dah menetap di London . Kat sini pun ada KFC Halal.  Dinner dia Khyber House yang famous dengan Roti naan besar tu Memang besar gila roti nan dia. Lepas makan beli buah2 kat kedai runcit sini sekali. Time ni le nak makan buah2 yang mahal kat Malaysia tu..kekeke

Second Day in London- UK's Trip

Image
Penat berjalan time first day tu buat kitaorang decided untuk rehat dan jalan- jalan kawasan sekitar rumah Nana je. Luton lebih kurang sejam dari Kota London. walaupun kerja di Kota London, tapi Nana stay di Luton memandangkan sewa rumah di sini agak murah berbanding London. Luton pun ramai Muslim, Makanan and kedai2 yang jual Produk Halal Memang senang nak jumpa. Jalan 5 minit dari rumah Nana dah sampai ke Luton Mall. Kalau nak shopping pun macam-macam ada, tunggu duit je ada ke tak..kekeke. Tapi memang payah nak cari tempat parking di London di tambah dengan parking rate yang mahal. Memandangkan Londan kitaorang dah pergi sekali, dan dah belajar cara nak naik tube, kitaorang pergi sendiri keesokkan harinya. Nana ke tempat kerja di Colindale, kitaorang pulak naik train ke Pekan London dengan muka confident. Destinasi utama ke Buckingham Palace. Destinasi wajib kalau datang ke London. Tak boleh masuk pun, tapi orang sentiasa ramai tengok  Guard berkawad setiap pagi around 11 am. DIta

First day di Kota London

Image
First day di London, Nana bawa kitaorang visit kota London dulu . Ajar macam mana nak naik Tube supaya senang kitaorang nak travel nanti. Actually travel naik tube kat kota London ni Kena ada OYSTER Travel Kad. https://tfl.gov.uk/fares-and-payments/ Kitaorang just guna kad nana yang di belikan untuk family dia time dorang datang 2 bulan lepas. So kitaorang just top up je. Untuk travel dalam London sehari maximum dalam 12.40 Pound kalau tak silap. Lebih urang RM 70 duit kita. Sana memang le semua serba mahal memandangkan currency kita rendah. Kalau korang  naik tube lebih dari 12.40 memang amount tu je dia akan charge, tapi kalau kurang dia akan charge based on stesen yang korang turun je lah. Kat London ni kalau drive kereta sendiri dalam City ada Congestion fee per day kena bayar. So, dengan parking lagi kira je lah dah brapa. Sebab tu ramai prefer guna public transport. The Congestion Charge is an £11.50 daily charge for driving a vehicle within the charging zone  between