Second Day in London- UK's Trip

Penat berjalan time first day tu buat kitaorang decided untuk rehat dan jalan- jalan kawasan sekitar rumah Nana je. Luton lebih kurang sejam dari Kota London. walaupun kerja di Kota London, tapi Nana stay di Luton memandangkan sewa rumah di sini agak murah berbanding London. Luton pun ramai Muslim, Makanan and kedai2 yang jual Produk Halal Memang senang nak jumpa. Jalan 5 minit dari rumah Nana dah sampai ke Luton Mall. Kalau nak shopping pun macam-macam ada, tunggu duit je ada ke tak..kekeke. Tapi memang payah nak cari tempat parking di London di tambah dengan parking rate yang mahal.

Memandangkan Londan kitaorang dah pergi sekali, dan dah belajar cara nak naik tube, kitaorang pergi sendiri keesokkan harinya. Nana ke tempat kerja di Colindale, kitaorang pulak naik train ke Pekan London dengan muka confident. Destinasi utama ke Buckingham Palace. Destinasi wajib kalau datang ke London. Tak boleh masuk pun, tapi orang sentiasa ramai tengok  Guard berkawad setiap pagi around 11 am. DItambah lagi Summer Season, cuti sekolah lagi lah ramai manusia. Tengok dari jauh je boleh.










Tak banyak benda pun boleh boleh buat kat sini. Cuaca pun kejap2 ujan gerimis. Tapi bergambar memang tak kira cuaca le. Selesai kat Buckingham Palaca, kitaorang gerak ke Hyde Park. Jalan Kaki je dari Buckingham Place. Kata pun nak jalan-jalan kat kota London kan. nak kata jauh tak le jauh sangat pun sambil tgk bangunan lawa2. Cuaca pun sejuk je.

 Hyde Park ni taman. Memang luas. Ada bahagian yang ada taman bunga. Kat Tengah2 ada tasik dan restoren.



 Kitaorang bawak bekal jer. Sandwich and buah2. Nak jugak merasa mcm mat salleh. Picnic kat Taman...hehehe

Wangi je kat sini..bau bunga-bungaan

Perut dah kenyang, rehat pun sudah. Sambung balik perjalanan ke Marble Arc Tube station. Kalau nak shopping kat Oxford street pun turun sini. Tapi 2 hari lepas dah pergi, hari ni nak ronda kawasan lain pulak. Naik train ke Talfagar Square yang famous dengan burung Merpati tu. Tapi dek kerana terlalu ramai org time Summer Break ni, penuh dengan manusia je, burung pun nak turun takut...kekeke.. 






 Sedar tak sedar..seharian jugak le jalan. Pukul 5 je gerak balik ke Colindale memandangkan Nana abis keje pukul 6. Nak jalan lagi pun dah rasa letih, balik je lah.

Comments

Popular posts from this blog

Ros Chalet , Cameron Highland (Tanah Rata , Taman Sedia)

Burnt sugar apam ? (Apam Gula Hangus )

MyLot.com : Paid Per Post Forum ( Online money Making..Absolutely Free)