First day di Kota London

First day di London, Nana bawa kitaorang visit kota London dulu . Ajar macam mana nak naik Tube supaya senang kitaorang nak travel nanti. Actually travel naik tube kat kota London ni Kena ada OYSTER Travel Kad.
https://tfl.gov.uk/fares-and-payments/


Kitaorang just guna kad nana yang di belikan untuk family dia time dorang datang 2 bulan lepas. So kitaorang just top up je. Untuk travel dalam London sehari maximum dalam 12.40 Pound kalau tak silap. Lebih urang RM 70 duit kita. Sana memang le semua serba mahal memandangkan currency kita rendah. Kalau korang  naik tube lebih dari 12.40 memang amount tu je dia akan charge, tapi kalau kurang dia akan charge based on stesen yang korang turun je lah.

Kat London ni kalau drive kereta sendiri dalam City ada Congestion fee per day kena bayar. So, dengan parking lagi kira je lah dah brapa. Sebab tu ramai prefer guna public transport.

The Congestion Charge is an £11.50 daily charge for driving a vehicle within the charging zone between 07:00 and 18:00, Monday to Friday. The easiest way to pay the charge is by registering for Congestion Charge Auto Pay. There are a range of exemptions and discounts available to certain vehicles and individuals.

Sampai di sana kitorang turun di Marble Arch Station untuk jalan2 di sekitar Oxford Street. Situ yang famous dan wajib pegi kalau dah ke LOndon. Kemudian ke Big Ben, Tower of London dan Eye of London. Actually banyak je Photo tapi macam payah pulak nak upload guna phone.
View London Bridge kat Belakang


 Tower of London





 Terjumpa pulak Patung Sherlock Holmes. So bergambar je lah

 Dari oxford Street kena naik train lagi nak ke  Big Ben. Google je, dan yang penting download map tube kat London, senang nak bergerak

 Relax jap sambil layan street performances dari jauh. Walaupun summer, tapi suhu kat luar sejuk/ ( dalam 16-18c je .Tak terasa terik mentari. Sedar2 je dah sunburn. Ada time angin sejuk sampai, memang kena  pakai baju tebal jugak lah.








 Waktu kat Eyes of London tu, sempat juga try Fish & Chip ( Halal). Price dalam £9.90 .Kalau convert ke RM memang le mahal. Tapi Portion dia memang besar. Kitaorang share bertiga pun kenyang.








Kalau jalan2 sekita kawasan ni, ramai jugak mat salleh yang tegur dalam bahasa melayu. Dorang tengok kita pun dah tahu orang malaysia. Jalan kat London ni rasa lagi selamat compare kat Melbourne dulu. Pasal  org bertudung kat sepanjang jalan memang ramai. Dah jadi perkara biasa bagi dorang. Cashier kat kebanyakkan kedai pun ramai yang bertudung. tak de rasa org pandang kita  dengan pandangan "racist".

Own ye, dekat area Tower Of London ada satu KFC Halal. KFC kat London ada berapa je yang Halal. Dan memang dorang letak logo halal depan premis.

Penat jalan2, pukul 6 kitaorang pun balik. Tapi, Kat sana, seawal 4 pagi  pun matahari dah naik. Malam pulak pukul 9 baru nak mula gelap. Summer memang waktu siang lagi panjang.


Comments

Popular posts from this blog

Ros Chalet , Cameron Highland (Tanah Rata , Taman Sedia)

SKYNET Sucks!!!!!

Trip - Cameron Highland 16/02-18/02/2012