Penang to KL - KL - Doha - London

Memandangkan flight ke DOha jam 9:55 pagi Ahad, Sabtu petang 24/7 dah bertolak ke KL. nak book Hotel area KLIA, mahal gila pulak harga, That's why awal2 lagi lepas book tiket MAS, terus survey harga bilik  sekitar KL Sentral. senang sikit kalau dari KL Sentral, naik KLIA Express je 28 minit dah sampai. Malas nak susahkan org jemput dan hantar ke Aiport pagi2. Baik sendiri je. Dari Penang, mujur le housemate offer diri nak hantar ke Airport..kekeke. Check-in flght awal-awal lagi dah buat online, cuma tinggal nak drop luggage je. So awal sejam lebih.

Flight memang on time sampai KL. Tapi yang jadi tak syoknye, punya lah lama gila tunggu lunggage, tapi tak kluar2 luggage. Kebetulan tak ramai yang turun KL. walaupun dari Penang Penuh flight, tapi dorang transit je kat KLIA, tak perlu collect luggage. Ada 2 family je dengan pakaian baju raya tunggu luggage. Tak pernah le tunggu luggage selama ni. Memang lain mcm gak rasanya. Macam ada something wrong je. Finally, dekat lebih setengah jam, luggage kluar. Tapi begini keadaannye.

Memang rasa nak menangis je. Imagine lah nak bawak lugage mcm ni ke London. Transit Doha lagi. Mau sampai London terbarai baju2. Mujur lah akak  yang tengah tunggu luggage juga advise pegi ke MAS office dekat situ untuk complaint.






Time complaint dorang ada tanya tiggal mana. Nak kukuhkan lagi terus bagitau " esok saya pagi2 dah nak fly ke London..Takkan lah saya nak travel dengan beg macam ni "  ( tunjuk muka stress dan sedih sama. Terus mamat tu cakap " kejap saya check ada stok tak. Lepas brapa minit dia kluar bawa beg baru... Taraaaa...



Actually beg ni tak le sebaik beg asal. Beg asal lagi besar dan boleh buka double zip untuk extra space nak isi barang. Beg ni kecik sikit. Tapi kalau nak compare dengan azab nak bawak beg pecah ke London tu, terima je lah seadanya. Lepas isi borang (simple je), dia minta pindahkan barang ke beg baru. Pasal Beg yang rosak dorang kena ambil. Selesai pindah, bergegas pulak ke KL sentral naik KLIA express, dah le lewat dek kerana luggage lambat and claim luggage rosak lagi.

KLIA Express dari KLIA to KL Sentral harga biasa RM 55 one way, tapi kalau guna MasterCard dia ada diskaun dapat RM 44 je. So, baik pilih yang murah kan, 9 hengget gak tu beza.

Time book hotel kat MY Hotel sentral 2 memang dah letak daam Special Request untuk late check in. so kalau sampai lewat pun dorang still akan tunggu, tak de issue kalau bagitau awal.

Sepatutnye nak ambil my hotel sentral je, sebelah public bank. Tapi tersalah ambil my Hotel sentral 2, dalam 300 metre gak dari Sentral 1. Nak buat mcm mana kan, silap sendiri.

Keesokkan pagi nye.. kul 5.30 pagi dah check out dari Hotel. Gerak ke KL Sentral untuk naik KLIA Ekspress ke KLIA. International flight, kena awal at least 2 hours pasal tak buat check in online.  Pukul 7 pagi dah terpacak dekat check in kaunter punya kawasan menunggu geng travel. Time tu kaunter dah open untuk check in luggage. mak aiii...punya lah ramai pak arab  satu family dengan beg bertimbun2. Maklumlah, dorang pun tengah cuti sekolah jadi memang ramai le yg travel. Pendek kata, kaunter check in Qatar airways ke Doha ni lah yang paling panjang dan ramai, sampai kul 8 lagi sejam nak terbang pun jauh lagi nak sampai turun check in beg. Kecut perut tuhan je yang tahu. Tapi tu tak sedasyat kecut perut bila member yg nak join sekali sampai time ni pun tak datang. Kalau ikut logik mmg tak sempat dah nak check in dalam 1 jam dengan ramai manusia ni. Last minute member sampai dorang pun open express kaunter, terus lari ke situ. Mujur sesangat lah. Dah dapat duduk dalam flight, tuhan saja yang tahu bertapa leganya.



Flight dari malaysia ke Doha, pramugari dari Malaysia. Senang lah nak berkomunikasi baik pulak tu. siap kasi makanan extra untuk di try. Almaklumle.. zu lepas beli tiket dari agent, terus pegi website register member and minta dorang link booking dengan member account. Boleh collect point. Time tu pepandai pilih vegetarian food pasal takut international payah makanan halal sedangkan Qatar memang sediakan makanan halal...hehehe. Tu yang bila naik flight dorang serve vegetarian food.  Memandangkan pramugari yg bertugas tu orang malaysia dan memahami..heheeh.. dia kasi extra yang bukan vegetarian.




Tak terasa sangat le 6 jam perjalanan bila masa di isi dengan tengok movie dan makan je. Transit flight kat Doha cuma dalam 40 minit je beza. Memamndangkan flight dari Kl dah lewat sikit, sampai Doha je terus ke ke gate untuk naik flight ke London. Sempat singgah toilet kejap je. Tu pun semua dah sedia tunggu kitaorang. Tapi ada lagi passanger yang lagi lewat, satu family.

Sampai di London hampir 6 PM. Tunggu dalam 15 minit je Nana pun sampai untuk ambil kitaorang balik umah dia.


 Tengok le muka letih tak tido..maklum le, dari KL-Doha flight cantek je best layan movie sampai tak tido. Planning nye flight DOha-LDN baru nak tido. Mana nak sangka ada 2 budak duduk seats kat belakang kitaorang. Sepanjang perjalanan asyik bising siap tendang kerusi lagi. Bila tido kejap, dia ketuk kepala pula. Memamng stress betul. Maknye seat depan kitaorang, family arab jugak. memang style pak arab biar je. Tempat duduk penuh dengan sampah sampai ke lantai. Orang sebelah pun dah stress bila mak dia buat dek je anak2 perangai mcm tu. Nasible badan.

Tunggu Nana sampai je. Imegresen kat sana cepat. Tak de nak check sangat. Kejap je dah kluar.



Note: Beg yang ganti tu balik dari london je roda satu dah retak. Memang low quality.. Miss my Old Beg

Comments

Popular posts from this blog

Ros Chalet , Cameron Highland (Tanah Rata , Taman Sedia)

SKYNET Sucks!!!!!

Trip - Cameron Highland 16/02-18/02/2012