From Malaysia to London

Macam dramatik je tajuk post kan tapi sebenrnya tak de apa pun... Alkisahnye bermula bila teman lama yang sedang bekerja kat London contact  dan jemput ke London. memandangkan dia kat London hanya untuk 9 bulan, so seblum dia balik ke Malaysia bulan 9 nanti, dia tergerak hati untuk jemput kita orang travel ke London. Boleh stay kat rumah dia dan save budget sementara dai masih di sana. Memang kebetulan sangatlah memandangkan kitaorang pun time tu tengah survey destinasi untuk travel tahun ni, tapi London memang tak Masuk senarai lah memandangkan kos yang tinggi.

Pucuk di cita ulam mendatang..cewah.... dah dapat offer bagus, takkan nak tolak kan. Maklum le.. kalau pegi London at least 2 minggu baru cukup. Bayangkan le kalau nak sewa hotel 2 minggu, convert ke Pound Sterling, banyak gila tu. Kalau pergi time Nana (nama samaran) masih kat London, tak risau pasal penginapan dah cuma prepare budget untuk makan, transportation and shopping je. kalau nak travel ni, biasa le, mesti kena discuss dengn travel partner dulu, sekali bila dah bagitau, dia terus on je. Bermula saaat itu lah kita orang menabung. Dari January 2016 budget memang dah prepare untuk tiket cuma survey harga tiket je dulu untuk dapat harga bagus.

Lepas pertimbangkan banyak perkara kitaorang decide pergi London hujung bulan July , time summer. Yelah..kalau bulan 5, family nana datang melawat. Bulan 6 pulak dah puasa. So lepas raya je terbaik. Date yang di pilih 24 July - 6 August. bermula lah pencarian tiket2 termurah waktu ni. Antaranye dengan  download Apps skyscanner. Skyscanner boleh compare  harge2 tiket dari pelbagai Airlines, jadi tak perlu buang masa pergi check kat satu per satu website.  Boleh juga activate alert kalau price untuk destinasi yang kita pilih untuk date tu ada yang lagi murah, skyscanner akan email alert. Setting ni kita yang buat sendiri. Bila melibatkan kos yang besar ni memang perancangan pun kena buat dengan details.tapi memandangkan travel date July, masih banyak masa dan bulan march akan ada MATTA Fair.so apa salahnya bersabar dan tunggu sekejap. Manalah tahu harga kat MATTA FAIR lagi murah. Wlaupun MATTA Fair dah sedia maklum sure akan sesak dan padat dengan manusia yang akan membuatkan diri ini pening dan stress, tapi ku gagahi jua. at the same time masih juga survey online. Most Airline pun akan jual MATTA Fair promotion rates di website sepanjang tempoh MATTA FAIR ni,

Dah sampai MATTA Fair terus je ke Bahagian yang jual tiket flight. Malas nak tgk yang tak berkaitan pasal ramai gila manusia. Harga setiap agent pun lebih kurang je, so mana agent yg ramai and mesra alam, yang tu le jadi pilihan. Harga MATTA Fair mmg tak beza banyak dengan harga di website. Tapi, bezanye pada Transit tu. Kalau Kat website payah nak jumpa yang transit sekejap je. Tapi agent boleh match kan dengan flight yang transit sekejap je.



Kalau nampak, kitaorang cuma transit 55 minit je Kat Doha. Mula2 risau juga, tapi Agent cakap tak perlu risau, Airline akan tahu macam mana nak arrange. Flight balik pulah tak sampai 2 jam transit. Ada je flight yang non stop, macam Malaysia Airlines. Tapi tak nak le naik flight dekat 15 jam duduk je. Kebas Montot wo. At least, kalau transit boleh juga rengangkan otot2. beza tiket MAS time tu dalam 200-300 juga. So kitaorang decide ambil Qatar Airways je. Harga tiket murah dan tak perlu risau bab makanan halal atas flight.


Bila tiket dan confirm, bermula le keje2  cari rate bagus untuk tukar RM ke Pound. Asala nampak jatuh je Pond, tukar sikit demi sikit. Tapi yang sakit hatinye setelah sekian lama, lepas dah tukar banyak, UK decide keluar dari EU dan Pound Jatuh banyak. Sakitnya hati kiterrrrr. Tak pe le...redha jer. Dari rate 5.88 turun smapai 5.4 banyak beza tu.

Memandangkan skrang dah tak stay KL. Terpaksa lah beli tiket flight dari Penang ke KL dan KL to Penang. Memandangkan MATTA Fair promotion blom habis, book je terus. dapat tiket murah jugak untuk MAS.. Kalau tunggu lagi tak tahu pulak dapat harga tu lagi ke tak. So, beli je. Naik MAS tak yah risau bab luggage dah pasal dah ada free luggage.

Sepanjang menunggu travel date, buat le apa patut. Check je mana destinasi yang menarik untuk di kunjungi, tempat makan halal dan sebagainya. Double check bab visa untuk kepastian memandangkan yang sedia maklum London tak perlu Visa. Janji tunjuk tiket Pergi balik je sebagai bukti pergi melancong.

 Adei.. penat plak menaip, sambung next post bila line clear untuk mengarang...kekeke....cauuu

Comments

Popular posts from this blog

Ros Chalet , Cameron Highland (Tanah Rata , Taman Sedia)

SKYNET Sucks!!!!!

Trip - Cameron Highland 16/02-18/02/2012