Kashmir..Here I come ( Khasmir-Agra-Delhi)


Sebelum ni tak terlintas langsung nak travel ke india.  Bertahun2 dah dengar cerita pasal india yg padat dan kotor, jadi memang india tak mermasuk dalam senarai tempat untuk travel.  Tapi sejak join group Malaysian Backpacker dan tengok ramai share gambar pasal Kashmir, Aiii...cantik pulak tempat nya... ala2  europe sampai org gelar "Switzeland of the east". Kashmir bertambah dikenali sejak terbitnya filem "Bajrangi Bhaijaan".

Antara yang selalu disebut di kashmir ni Ladang Tulip, tempat main salji dengan harga murah compare negara2  yang lain, houseboat dan banyak lagi. Jadi kalau travel ke destinasi dengan kos rendah ni banyak benda kita boleh buat pasal murah.

Lepas balik dari New Zealand, mood nak travel blom  ilang. Dalam tengah consider destinasi untuk tahun  2018, tetiba pulak terpesan MAS ada buat sale untuk 3 hari dan ada yang share di group pasal flight tiket ke Kashmir yg cuma RM 800+ je return dan ada yang tengah cari geng untuk ke sana. So apa lagi, lepas discuss terus bgtau member untuk join sekali. maklum lah..kalau ramai biasanye tour package dapat murah sikit. Memula 4 org je, sekali kejap je dah jadi group 7 Adult dan 1 Infant. So dah cukup . Time ni zu just beli tiket ke New Delhi dulu. Untuk ke Kashmir, kena naik flight dari New delhi ke Sri Nagar Airport, Kashmir. Tunggu time nampak harga cantik baru beli tiket ke sri nagar.Rasanye first post ni better zu cerita pasal step and planning untuk trip ni je lah ye.. nanti panjang pulak jadinye post.

Kalau ke India, kena dapatkan Visa. Boleh buat e-visa yg terus online (Mahal sikit) atau terus ke Visa Center. Kalau kat Penang dekat Chulia Street sederet Restoren Kapitan dan 7 eleven. Zu buat visa haritu sebulan sebelum trip. Pagi kul 8 lebih dah pegi pasal katanye memang ramai org. walaupun buka kul 9 tp awal mmg dah ada org. Cuma time zu pegi tak ramai. Tatau lah kalau Penang mmg tak ramai. dalam 30 minit dah settle, mujur ambik cuti half day je.. kalau tak rugi cuti. Total kena bayar RM 203. Yang bezanye  courier fee rasanye (Lupa plak nak tanya details price why mcm tu pasal dah murah compare online and member yg buat kat tempat lain) . Member yang buat kat sabah kena 50 courier fee. Visa bukan siap sama day ye. Pegi buat bawak passport dan borang yang dah isi sesiap online plus gambar passport and salinan IC. kalau dorang isikan boleh, tapi ada upahnye lah. Buat direct lagi mudah pasal katanye kalau evisa, bila sampai airport ramai kena beratur. Zu isi kat online sendiri then print je.. mudah je. time isi nak attach pic online or tak pun ok. Tp gambar still kena bagi la.





Trip kitaorang dari 31/4 terbang ke New Delhi dan balik ke Malaysia 9/4/2017.


Malaysia Airline (KUL-Delhi-KUL) RM 818.38 - Beli bulan 10 , 2017 time offer my cyber sale kot kalau tak silap
Air India (Del-Sri Nagar-Return) INR 3722 @RM 243.25 - Beli Bulan 12, tunggu lagi murah taku plak naik lagi pasal travel date awal april time Tulip Festival, so beli je lah.
Visa

Lepas settle beli tiket semua, kitaorang uruskan cari Tour kat Kashmir. Time cari ni kena make sure baca dulu testimoni org malaysia yang dah pernah pegi. dalam survey,  kitaorang ambil https://www.facebook.com/gulshan.rose.5  pasal dia punya rates terbaik dan ittineraries ikut yg kitaorang nak

MYR 600  (INR 9500 per pax_) time kitaorang pegi rates mahal sikit so dalam RM 600 le sorang.

Ni termasuk:
5 Malam kat Houseboat
Breakfast dan Dinner 
Driver untuk driver kitaorang ke mana2.

Kitaorang di Kashmir dari 1/4 balik ke Delhi 7/5. Tapi 3/4 kitaorang plan stay kat Pahalgam untuk rasa suasana kat sana. Hotel booked direct dalam booking.com pasal tak banyak pilihan dalam agoda dan hotel ni baru register kat Booking.com INR 2500 per night - Volga Hotel

Aktiviti kitaorang buat sendiri, maklum le, tak semua org nak buat menda yang sama kan.

Ittineraries:
1/4 - Airport pick up - City tour
2/4 - Sonamamrg
3/4 - Pahalgam
4/4 - Gulmarg
5/4 - City Tour -  Mughal Garden/Tulip Garden
6/4 - Parimahal & City Tour
7/4 - Drop off Airport

Di New Delhi pun kami ambil tour guide with transport. Maklum le, masa kat sana singkat. sampai delhi terus ke Agra yang dalam 5 jam perjalanan. Kalau ambil public transport sure kena rushing n schedule fix. So  group member dah arrange ngan tour kat sana untuk  transport dari airport- agra- ronda2 dan sampai hantar balik ke airport untuk balik malaysia.  Price INR 2785 per pax ( Tak sampai 200 sorang secara kasar ). Transport yang memang selesa dan puas hati. Driver bawa kemana kita nak pegi dan price termasuk guide time kat Agra. Mr. Deepak sambut kitaorang di Agra dan ikut kitaorang untuk explain pasal tempat2 kat sana.


Transport time kat Kashmir. Beg letak atas bumbung ye. Muat untuk 7 Adults and 1 infant


Transport kat New Delhi-Agra


Volga Hotel di Pahalgam

Nak tahu mcm mana rupa Houseboat kitaorang?. House Boat Kitaorang namanye Silver Street, kembar dengan HouseBoat New Pala Palace.   Actually, Kalau ambil Kashmir Tour Yousuf ni, dia ada banyak houseboat. Family Business lah katakan. Kitaorang dapat yg ni. dekat dhal Lake dan ada 4 bilik. Tapi cuma 3 bilik je untuk kitaorang guna. Kitaorang kan 7 + 1  child je. Setiap satu bilik kat houseboat ni ada satu double Bed + 1 single Bed. Setiap bilik lengkap dengan bilik mandi,




 Seating Area



Dining Area. Time tak makan kerusi tu memang disusun ditepi.





Bilik mandi ada hot shower dan katil ada hot Blanket. Plug nak charge Hand phone pun banyak. Menurut driver kitaorang, ada lebih kurang 1000+ Houseboat kat Dhal Lake ni.  Houseboat ni harta pusaka family, kos mencecah 1 Million INR dulu buat. ..lebih kruang 60k duit kita.. tu dulu,.. skrang tatau brapa nilai
.

Comments

Popular posts from this blog

Ros Chalet , Cameron Highland (Tanah Rata , Taman Sedia)

Burnt sugar apam ? (Apam Gula Hangus )

MyLot.com : Paid Per Post Forum ( Online money Making..Absolutely Free)