Melbourne's Trip (26-31 March 2015)


Melbourne City Night View

Sebulan berlalu, baru hari ni berkesempatan nak update blog. Kali ni tak de mood nak tulis in english, so malay je lah ye. Trip ke Melbourne kali ni selama 5 hari 4  malam. Boleh dikatakan pendek kalau nak melawat semua di sana.Secara ringkas nye, destinasi ni kami pilih time Airasia tengah buat offer free seats. Tapi tiket kami tak le free seats sangat tapi antara yg termurah dah...perjalanan bulan 3 tapi book tiket bulan 8. Tiket return trip RM 800++kira ok dah le tu. masih banyak masa untuk plan dan survey tempat2 menarik sebab beza tarikh tempah ngan travel date dalam 7 bulan lebih. Bagi yg tak mampu nak beli tiket cash,tapi ada kad kredit, beli guna kad kredit then tukar installment plan untuk 6 bulan. Yang paling penting, plan and money management kena cantek.  

Nak ke Australia kena ada Visa tapi senang je pasal visa boleh apply online je. Zu bulan nak travel, awal march baru pegi renew passport and then apply visa.

Setahu zu ramai yg apply visa kat https://easyeta.com/app/applynow.php  pasal kat sini murah dalam 9.95USD. Tpi zu apply kat https://www.eta.immi.gov.au/ETAS3/etas pasal cepat.. instant , apply terus dapat and direct dengan Immigration Australia lagi secure. Tapi mahal sikit AUD 20. Korang cuma perlu isi detail passport nanti data akan di kemaskini terus dalam database Immigration sana. Lepas bayar korang akan dapat email and refernce number untuk korang check tapi visa dah lulus lah.
  • Visa
  • Passport
  • Tiket (Better buat web check in, tak rushing ke airport)
  • Duit 
  • Itineraries
  • Pakaian
  • Meggi or biskut untuk bekalan.
Kalau dulu dairy product mcm Milo 3 in 1, Coffee , kira yg ada susu serbuk tu tak boleh bawak. Skrang tak sure. To be safe, kitaorang tak bawak le. Beli kat sana je.

Lagi sebulan nak bertolak, kitaroang dah book tours untuk ke Great Ocean Roan and Philip Island. Jadual boleh tahan agak padat sebab kat sana 4 hari je yg boleh visit pun. Penginapan, disewa dari salah sorang orang malaysia yang bekerja dan menetap di sana. Kawan melalui kawan. Kiranye, kitaorang stay kat satu tempat je dam tour kitaorang balik hari.
  • Great Ocean Road tour - AUD 90
  • Philip Island AUD 85
Antara tour kat atas, rasanye syok lagi ke Great Ocean Road.

 Memandangkan flight pukul 10:20 mlm dari KLIA 2, zu tak ambil cuti. Balik keje terus ke KLIA 2 naik KLIA Ekspress.
 Sementara tunggu travel partner sampai, selfie sesorang dulu kat airport.Sebelum bertolak kitaorang dah makan kenyang2. Naik Flight tido je, dah mlm katakan. Sampai Melbourne awal skit je, dalam 9:30 am. Flight ambil masa lebih kurang 7 jam 30 minit kalau tak silap. 
Sampai je airport terus ambil skybus . 

SkyBus, a reliable, low-cost airport bus that runs express between Melbourne Airport (Tullamarine) and Southern Cross Station in Melbourne’s city centre – 24/7, with day departures every 10 minutes.
 Keluar dari airport terus ke Kaunter Skybus, skybus semua akan pegi ke Southern Cross Station. Dari situ kena tukar bus transit ke area korang nak pegi pulak. Tiket skybus sorang AUS 18. Naik bas transit tu dah termasuk sekali harga tiket. Bila turun kat Southern Cross Station, terus ke kaunter transit dan bagitau mana korang nak pegi. Nanti dorang bagitau bus mana korang kena ambik. destinasi kiraorang ke Cravel Lane , Docklands. Perjalanan dari Airport ke city rasanye tak sampai 30 Minit, dekat je. Sampai ej terus kitaorang cari Apartment yang dah di tempah.

 Ni ha, Studio Apartment En. Razman. Satu bilik, lengkap dengan dapur dan peralatan memasak. So bleh le masak nasi...heeheh. Biasanye disewa AUS 180 per night, tapi kalau kat Melbourne ni, Dorm pun dah mahal, terpaksa share. Kalau studio Apartment ni ni senang sikit, nak simpan barang ke, memasak ke, selesa.




 Kiri kanan balcony. Boleh keluar layan blues dengan angin sejuk melbourne.




 Dari rumah ni dah boleh nampak permandangan dari Harbour Town city kira2 200 meter je dari rumah. Tempat shopping.

Memandangkan cuaca sana sejuk time Autumn, cahaya panas pun tak terasa. Selamber je jalan. Balik baru perasan muka sunburnt.kekeke. Sepetang  jejalan kat Harbour Town City, shopping.
 Kedai2 kat Harbour Town ni dari seawal pukul 10-10:30  pagi, tapi kat Melbourne ni kedai2 pukul 6 dah tutup. Tu yang menghadkan masa dan aktiviti. Kira malam tak banyak boleh buat.

 
Yang warna coklat tu City Circle Tram. Dia akan bawak korang keliling melbourne city dan balik ke situ ,free je. tapi city circle jalan sampai pukul 6 ptg je kalau tak silap. Tram kat melbourne ni kalau korang nak ronda city, naik je, tak kena bayar. lainlah korang nak keluar dari city melbourne pegi ke kawasan luar, memang kena scan kad.


 sama tak gaya, kaki kurang bengkok kan..kekeke





 Melbourne City Marina ni belakang Apartment je, saja layan angin pantai, Dari situ boleh nampak Etihad Stadium.







Keesokkannye, kitaorang naik tram, jelajah  Melbourne City. Tapi dah lewat gerak ke city pun, tak banyak tempat sangat yg boleh visit. Jalan2 cuti mata je. Maklum le, sana kan guna dollars,

 Yang ni bukan City Circle, tram ni ada destinasi tersendiri. Tapi still free kalau nak jalan dalam city je. Kalau penat jalan, naik tram turun station depan. kekeke.. yang bestnye, walau pun time org balik keje, tenang je city melbourne ni. tak de traffic jam pun.

 China Town Melbourne, lalu je, Mcm petaling street kat sini je, tak de menarik sgt tu malas masuk.

The next day bermula trip ke Philip Island. Nak tengok penguin le katakan. Actually banyak gambar yg di ambil, tapi tak de masa nak upload semua.


 Maru koala Park. Nak tengok Koala konon, tapi Koalanye tido memanjang.



 Lunch disediakan oleh tours, plain sandwich untuk muslim.
 On the way, singgah ke Chocolate Factory. Zu tak minat coklat. So, tak de yg menarrik sangat le.
 Kitaorang travel end March. April ada sambutan Easter Day kat sana. Meriah le dengan telor2 coklat ni.


Kenangan pahit kat chocolate Factory ni, bila Boot yg dah sekian lama pakai, putuskan nak rosak di sini!!. spoilt mood travel.

Terbatas pergerakkan sepanjang perjalannan sebab kasut ni. Mujur le next stop ada jumpa selipar. So, berselipar le sepanjang di Melbourne. even sampai balik malaysia pun dengan selipar tu je.



 View sepanjang kat Philip Island
 Semua tengah kusyuk tunggu Penguin  balik solat Maghrib...kekeke.. tiket masuk ke sini dah termasuk dalam tour package. Tak de apa sangat pun ke Philip Island tu.

and the next trip to Great Ocean Road. Yang di nanti2kan sangat. Pagi seawal 7:10- am van tour dah tunggu depan apartment.Perjalanan ke great ocean road lebih kurang 3 jam,
 Tu kena keluar awal pagi.
 sepanjang perjalanan memang banyak stop kat tempat2 dengan view yg menarik untuk kita bergambar. Serious banyak pic kat sini. Tapi internet slow sangat nak masukkan banyak pun.












 Salah sorang yg join tour tu. Minah korea yg practikal di sydney. Lihat lah, selipar di kakiku..hehehe

Kat sini lokasi terakhir sebelum balik ke Melbourne city. Singgah satu park untuk tengok burung dan Koala. Sampai ke melbourne, kitaorang stop dicity je, jalan2 kota Melbourne di waktu malam.

Buat masa ni, ni je kot. Next time kalau ada masa dan kesempatan, boleh le update apa yg patut and tambah gambar untuk tatap semua. cauuuu....

Comments

  1. lesson learnt - lain kali bawak kasut spare...

    ReplyDelete
  2. dah beli 2 boot baru time tu.. tapi tumit tinggi punya... sakit woo pakai..last2..selipar je lah selesa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ros Chalet , Cameron Highland (Tanah Rata , Taman Sedia)

Burnt sugar apam ? (Apam Gula Hangus )

MyLot.com : Paid Per Post Forum ( Online money Making..Absolutely Free)