New Delhi-Agra - New Delhi


Hari Ke-7  jam 8 lebih kitaorang bertolak dari Kashmir ke Srinagar Aiport memandangkan flight jam 12 lebih. Sebelum sampai Aiport, leceh sikit, sampai kat post guard sebelum airport kena turun and bawak semua barang2 scan, then naik balik. Kalau kat india, tak perlu lah rajin2 datang awal kat airport, sebab luar Airport polis jaga dan cuma benarkan masuk kalau flight korang  dalam 2 jam akan berlepas. kalau datang awal, lepak le korang kat luar airport. Ye lah kan, India kat atas jalan pun dorang tido, imagine le kalau Airport open to public mcm tu, semua serbu masuk tido dlm airport. Tupasal kalau nak naik flight je bleh masuk. Kalau nak hantar, kat luar airport je. masuk pintu Airport terus kena scan barang  then bila nak boarding kena scan lagi sekali. Yang scan last ni leceh sikit, hand carry akan ada label kena ambil time check in kaunter mcm kat bawah. Lepas masuk and scan, kalau beg korang label tu tak di cop, korang kena bawak beg tu kat mega officer dorang dan kena kluarkan semua untuk dorang check. Zu lupa masukkan pen sourvenir dalam luggae, simpan dalam hand carry. Semua pen dia buka picit and camera pun dia suruh on nak tgk btol ke camera or menda lain. Lepas check dorang akan cop, baru leh masuk boarding area. Kat situ,, nanti akan ada plak org panggil wakil untuk checkkan lugage yg korang check in...ha..yg ni special btol. Tak pernak lagi jumpa airport dah check in Lugage, then kena kluar check beg tu btol ke tak beg kita....hehehehe.



Naik flight tekak dah tak leh terima lagi makanan kashmir/india..hahaha. Sampai Airport kat New Delhi, driver kitaorang dah tunggu kat luar dengan kertas nama dia, since dia bawa mini bus, tak leh parking dalam area airport dan kena naik shuttle bas ke parking dorang. Dari New Delhi, kitaorang teruskan perjalanan ke Agra ( 5- 6 jam juga perjalanan). Tapi Mini bus tu memang selesa gila. Ala2 VIP rasa. Perjalanan yang jauh pun tak terasa. Cuma satu kena ingat, dalam kawasan new Delhi, tak boleh tutup tirai/cover tingkap dalam bus. Kena bg orang luar nampak. Pasal undang2 kat sana since ada isu kes rogol dalam public transport dulu tu. Sampai hotel dah lewat, so tido je lah. Esoknye, kul 7 lebih tour guide kitaorang Mr. deepak n Drebar dah tunggu. Terus gerak ke taj mahal.









Taj Mahal ni di buat dengan sejenis batu yang boleh menampakkan  warna yg berbeza depend kat cahaya. Sebab tu ramai yang sanggup pegi waktu yang berbeza2 untuk tgk view yg lain.







Selesai visit Taj Mahal, kitaorang ronda2 city. Ada few tempat bersejarah yang Tour Guide nak bawak tapi kitaorang tanak, pasal cuaca panas Ya rabbi. Selesai taj Mahal, pegi kedai Batu2 marmar  jap, yang katanye owner dia cucu cicit  org yg bina Taj mahal tu. Selesai kitaorang terus gerak ke New Delhi. Tak de pe sangat dah. Taj Mahal je yg penting. Takut lewat pulak sampai new delhi. Mujur perjalanan Lancar je.Kitaorang booked Grand Godwin Hotel kat new Delhi thru Agoda. Selesai and rates pun ok.

 Otak ingat nak gi Market cari Sourvenir je. Tapi, mana lah tahu.. rupanye mall and Market kat india ni hari Isnin tutup. Terus hancus plan. 

Lalu tengok je lah.


Yang ni kalau tak silap Red fort





Kitaorang ambik beca ke Jama Masjid and Jama Masjid. Kalau tak silap 100 ruppee (baru dalam 6 hengget) satu beca, bleh naik 2-3 org. Nak jalan kaki mmg tidak le dgn panas dan jln sesak gila.


nak masuk free je, tapi tak boleh bawak camera nanti kena bayar.malas pulak nak panjat, so zu tak masuk.



India Gate. Tapi bukan yang dalam citer "Man" tu. Yang tu sebelah lain .



Since tak boleh shopping2, kul 7 kitaorang dah suruh driver hantar ke Aiport. Rehat kat Airport pulak. Airport kat New delhi selesa. Masuk awal boarding area pun boleh cari tempat nak tido. Kerusi pun banyak. Besar Airportnye, cuma Internet je tak de. Tak tahu lah kalau ada cara lain pasal try login free wifi dia nak local mobile number.


Cantik kan Tandas kat New delhi Aiport. Tengok gambar  dha tahu mana tandas lelaki n wanita. Jangan plak tengok gambar hero hensen korang pegi masuk situ  heeee


Airport dorang ada mcm kerusi malas ni untuk baring luruskan badan. 


Trip India berakhir sudah. At least, selama ni dok dgr India kotor je. At least, sekarang dah tahu, tak semua tempat kotor. Certain area je pun. Tapi..memang segalanye tips je. Masuk tandas org hulurkan tisu pun nak minta tips...so..terpulang korang je. Sekian

Comments

Popular posts from this blog

Ros Chalet , Cameron Highland (Tanah Rata , Taman Sedia)

Burnt sugar apam ? (Apam Gula Hangus )

MyLot.com : Paid Per Post Forum ( Online money Making..Absolutely Free)